Wednesday, May 11, 2011

kongsi ilmu.....

Assalamualaikum wbth...
pagi2 nie xda pe nk buat tngk fb naik muak dh hehehe...
ak pon pikir .. ting2222....
ape ea.. ak nk buat nie eemmm...
ape kata ak kongsi ilmu yg ak blajar masa form 5 dulu dlm subjek sport science
ya itu pasal bab "heat"
ape tu?
hobi ak nie suka aktiviti yg lasak2 macam bola sepak,futsal,badminton n bnyak lg la
dlm stiap aktiviti nie mesti kena ada regangan or "stretching" ckti kalau tak
terkena antara tiga nie:- selamat membaca and practice in your life

Terdapat 3

1) Kekejangan haba(Heat cramp)

2) Kelesuan Haba (Heat exhaustion)

3) Strok Haba (Heat stroke)




Kekejangan haba

Terjadi disebabkan oleh kehilangan terlalu banyak cecair dan garam dalam badan. Mangsa akan mengalami kesakitan disebabkan pengecutan(spasm) otot terutamanya di bahgian betis dan perut.

Otot yang terlibat menjadi keras dan suhu badan meningkat sedikit

Rawatan

Pindahkan mangsa untuk berihat di tempat yang teduh.

Berikan air garam .

Dengan perlahan-lahan lembutkan otot yang terlibat.

Rihatkan otot yang terlibat



Kelesuan haba (Heat exhaustion)

Kelesuan haba merupakan gejala yang sering berlaku akibat dari kepanasan di tempat kerja. Ianya terjadi akibat daripada berkerja atau aktiviti lasak di persekitaran yang panas yang berterusan mengakibatkan kehilangan cecair badan dan garam melalui peluh. Akhirnya akan mengurangkan kecekapan badan untuk membekalkan darah kepada organ-organ utama seperti otak. Ini akan menjuruskan kepada renjatan.

Ia merupakan petanda awal kegagalan sistem autiregulasi badan manusia dalam mengawal suhu badan.

Gejala kelesuan haba dapat di tangani jika rawatan yang betul dan bersesuaian diberi pada peringkat awal. Jika tidak ia akan menjadi bertambah serius dan tidak sedarkan diri.

Tanda klinikal

q Rasa kepanasan tapi suhu badan mungkin normal

q Kulit sejuk dan lembab

q Sakit kepala

q Loya

q Pening

q Kelesuan

q Berpeluh

q Nadi pantas tapi dalam volum yang lemah

q Rasa dahaga

q Pernafasan laju dan pendek

Rawatan

Pindahkan mangsa ke kawasan yang lebih sejuk dan pengudaraan yang baik

Baringkan mangsa dan angkatkan sedikit kaki keatas dari paras jantung

Longgarkan pakaian

Jika sekiranya mangsa berada dalam keadaan sedar sepenuhnya berikan sedikit air minuman.


Strok haba (Heat stroke)

Strok haba adalah merupakan kecemasan dalam perubatan. Ia disebabkan gangguan kepada mekanisma autoregulasi pengawalan haba dalam badan; lanjutan daripada kelesuan haba. Cecair badan berkurangan hingga satu tahap yang sangat kritikal menyebabkan sistem perpeluhan berhenti dan peningkatan suhu badan. Ini menyebabkan kegagalan otak dan organ utama yang lain seperti buah pinggang. Peringkat dapat dicegah jika sekiranya kelesuan haba dirawat dan dikawal pada peringkat awal.

wssalam..... ikhlas dari MHAB.... copy dr adikku

hehehheh

1 comment:

  1. dok habis2 pasal sukan...sudah jemu chek membacanya hak hak hak...

    ReplyDelete